Posts

karangan pendapat~ Tahun Melawat Malaysia

Industri pelancongan ialah satu bidang yang dapat menjana ekonomi Negara dan merancakkan perniagaan. Oleh itu, kerajaan melancarkan Tahun Melawat Malaysia 2017 sebagai usaha untuk menarik lebih banyak pelancong asing ke Negara ini. Berikan pendapat anda tentang usaha untuk menjayakan kempen ini. Kini,bidang pelancongan sudah menjadi satu industri yang amat penting bagi setiap negara kerana industri ini mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan merancakkan kegiatan perniagaan,terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan pelancongan. Industri pelancongan agak baru bagi negara kita dan kerajaan memberi penekanan selepas tahun tahun 1990 apabila Tahun Melawat Malaysia 1990 dilancarkan. Kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 mencapai kejayaan besar dalam meningkatkan industri pelancongan di negara ini dan sasaran kerajaan  untuk menambah bilangan pelacongdaripada empat juta orang kepada lima juta orang ke Malaysia tercapai. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan u...

Cara untuk move on

Hello guys. Okay, hari ni Del nak cerita pasal How To Move On. Kenapa Del pilih tajuk ni sebab Del selalu nampak orang susah nak move on terutamanya orang yang patah hati ni. Tak kira lah dia patah hati sebab putus cinta ke, kematian ahli keluarga ke and so on.. Jujur Del pun pernah rasa macam ni.. Susah sangat nak move on sampai Del rasa macam dah putus asa. But then, Del realize that Tuhan beri Del dugaan macam ni sebab Dia tahu Del mampu hadapi nya. But how?? Okay, ni cara Del move on ya. 1. Beri ruang pada diri Firstly, Del rasa beri ruang untuk diri sendiri is the most important. Jangan paksa diri tu untuk lupakan seseorang yang kita sayang. Del dah pernah try dulu. Frust punya pasal, Del paksa diri Del lupakan si dia. Del kata takda guna pun ingat dia. Ya, memang tiada guna nak ingat dia tapi janganlah sampai paksa diri mati-matian lupakan dia. Tiada guna. Sebab pa? Sebab semakin kita cuba lupakan, kita akan semakin ingat benda tu. Faham tak?? Cuba bayangkan, kita buat sesuatu...

Karangan Pendapat ~ Masalah Disiplin

Masalah disiplin, terutamanya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin berleluasa pada masa ini. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimaink an oleh pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada menjadi semakin serius?     Sebenarnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun banyak langkah telah diambil dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Walaupun Kementerian Pelajaran dikatakan dapat menyelesaikan masalah buli dan gangsterisme dalam kalangan pelajar, tetapi masalah ponteng sekolah dan masalah-masalah lain masih menjadi satu isu yang perlu ditangani segera. Kita perlu sedar bahawa hukuman buang sekolah dan gantung persekolahan bukan cara terbaik untuk mengatasi masalah pelajar. Seharusnya, sistem pendidikan kita perlu dikaji semula kerana sistem pendidikan sekarang tidak mempunyai roh mendidik dan membimbing. Jadi, apakah yang akan terjadi kepada pelajar kita yang suka ponteng sekolah ini dan akan terli...