Cara untuk move on

Hello guys. Okay, hari ni Del nak cerita pasal How To Move On. Kenapa Del pilih tajuk ni sebab Del selalu nampak orang susah nak move on terutamanya orang yang patah hati ni. Tak kira lah dia patah hati sebab putus cinta ke, kematian ahli keluarga ke and so on.. Jujur Del pun pernah rasa macam ni.. Susah sangat nak move on sampai Del rasa macam dah putus asa. But then, Del realize that Tuhan beri Del dugaan macam ni sebab Dia tahu Del mampu hadapi nya. But how?? Okay, ni cara Del move on ya.

1. Beri ruang pada diri
Firstly, Del rasa beri ruang untuk diri sendiri is the most important. Jangan paksa diri tu untuk lupakan seseorang yang kita sayang. Del dah pernah try dulu. Frust punya pasal, Del paksa diri Del lupakan si dia. Del kata takda guna pun ingat dia. Ya, memang tiada guna nak ingat dia tapi janganlah sampai paksa diri mati-matian lupakan dia. Tiada guna. Sebab pa? Sebab semakin kita cuba lupakan, kita akan semakin ingat benda tu. Faham tak?? Cuba bayangkan, kita buat sesuatu yang buat kita rasa malu, then paksa diri lupakan benda tu, trust me or not, benda tu takkan dapat hilang begitu. So bagaimana nak lupakan dia, beri ruang pada diri kita. Biarkan masa berlalu. Lama-kelamaan kita akan lupa juga dia.😊

2. Jangan berjumpa dengan dia
Ni bukan Del suruh korang asal jumpa je dia, terus pergi bersembunyi. Nanti dia tu fikir lain pula.  Bukan gitu okay. Maksud Del sini, elakkan daripada jumpa dia. Elakkan! Kalau dah terjumpa, jangan nak main sorok-sorok. Hadap je. Kuat kan hati tu. Yelah, Del faham. Bila dah putus ni, kalau boleh, nak tengok dia 24 hours. Nak show diri kita kat dia 24 hours. Kononnya untuk mengatakan bahawa korang masih ada. Betul tak?😂.  Jangan gitu guys. Nanti makin kuat perasaan tu. Mungkin ada yang tanya Del, tadi Del kata kalau terjumpa hadap je but sekarang Del kata avoid dia. Pening😂. Okay let me explain betul-betul ye. Maksud Del yang hadap je muka dia tu kalau betul-betul dah terjumpa. Tak tahu macam mana tiba-tuba dia ada di depan korang, so apa nak buat, jangan sorokkan muka tu, hadap je dia. Like nothing. Kalau tak terjumpa pula, hah jangan gatal sangat kaki tu nak pegi cari dia. Jangan guys.  Korang nak move on kan? So jangan buat macam tu.

3. Minat orang lain
Ni berkesan tau😂. Tak percaya? Cuba korang try. Cari someone yang korang boleh minat like artis korea kah?? Del tu hari disebabkan frust lah, Del minat gila dengan ketua CNBLUE, Jung Yong Hwa. Tuhan saja yang hensemnya tu macam mana😂.. huh obses gila Del dengan artis tu sampai semua wayang dan lagu nya Del simpan. Gambarnya Del jadikan wallpaper and dp laman sosial Del. Facebook, Whatsapp n so on. Then, one day , bila Del check balik instagram orang yang buat Del frust ni, I feel like nothing. Tak macam dulu, asal tengok je instagram dia, sakit hati sendiri. Last-last masuk bilik nangis😂. See?? How it change me? Tapi kalau korang tak nak minat artis Korea, korang boleh cari kartun like Stitch? Macam Del sekarang. Dah tak minat Yong Hwa tapi Del minat Stitch. Remember guys, we were never too old for Disney.

4. Simpan semua benda tentangnya
Masa korang tengah bercinta, mesti banyakkan hadiah yang si dia belikan untuk korang ataupun korang beli sama-sama sebagai bukti cinta korang tu? Okay, Del nak korang simpan benda tu semua. Bukan sekadar simpan ya guys. Sorok atau bakar. Kalau rasa sayang sangat nak bakar, sorok kat tempat yang korang tak boleh lihat like atas almari kain korang atau bawah katil. Sebab kalau korang just put it kat tempat yang korang boleh lihat, trust me, korang akan sedih sendiri. Yelah, bila dah nampak benda tu mesti sedih kan sebab teringat kat dia.? So sorok jelah kat tempat yang korang tak boleh lihat. Kalau tak pun, sedekahkan lah kat rumah anak yatim. Dapat pahala juga. I mean kalau benda tu macam patung ke? Jangan pula surat cinta korang, korang sedekahkan kat anak yatim tu. Nanti pelik pula mereka rasa. Yelah, nak buat pa dengan surat cinta korang tu?😂. So letak jelah kat mana-mana yang tak boleh korang lihat. Begitu juga dengan barang yang ahli keluarga korang beri ya. Lipat or simpan elok-elok kat tempat yang korang tak boleh lihat. Termasuk ye guys, Del hampir lupa, jangan ke tempat yang korang selalu pergi bersama sebab nanti kenangan tu timbul balik pula.

5. Layan drama
Ni lah dia. Untuk elakkan korang daripada ingat dia 24 hours, Del suggest korang nonton drama ke atau baca novel? Sekarang ni guys banyak tau wayang yang best-best especially drama-drama Korea ni. Rugi korang tak nonton. Berbanding korang bazir air mata nangis tak tentu arah, better layan drama. Boleh tenangkan fikiran korang. Kalau tak suka drama, Del suggest korang nonton Running man. Mesti korang tergelak-gelak sampai menangis-nangis tu😂.

6. Kurangkan layan telefon
Mesti bila frust ni, korang akan lebih dedahkan diri korang pada telefon kan?? Boleh kata setiap saat nak update status sedih. Betul tak? Jangan gitu guys. Korang kena lah kuat. Jangan update status sedih-sedih semua ni. Sebab pa? Sebab :
1. Orang lain akan rimas sebab asyik-asyik status korang pasal sedih je yang muncul.
2. Kalau korang update status sedih bagai nak mati sekalipun, si dia takkan kembali.
3. Nanti kalau korang dah ok, percaya lah korang malu sendiri tu.

So Del suggest, korang tutup phone, pergi buat kerja apa-apalah sana. Jangan layan phone except yang penting saja. Del faham mesti korang rasa tak boleh kan? Kena kuat kan diri.  Pujuk diri buat kerja-kerja lain sebab kalau korang buat kerja, korang akan lupa apa yang korang rasa even bukanlah untuk selama-lamanya.

7. Padam semua tentangnya
Okay, kalau rasa tak boleh tak nak layan phone, Del nak korang padam nombor dia. Ini termasuk block semua tentangnya. I mean laman sosialnya like Whatsapp, Facebook, Instagram and so on. Semua chat korang yang sangat berharga bagi korang tu, yang mengalahkan berharganya intan permata tu😂, padam jelah. Dah tiada gunanya. Jangan nak rasa sayang sangat ye. Anggap je sampah dah semua tu. Biarlah dianggap kejam, tapi kejam lagi dia sebab buat korang patah hati ye. Kalau nombor phone dia dah tersemat kat kepala korang, pergi cari nombor yang hampir sama dengannya, korang hafal. Lagi banyak, lagi bagus tau guys. Sebab semakin banyak korang hafal nombor yang hampir sama dengan nombornya, kepala korang akan binggung nanti bila teringin nak chat dia. Ni bagi mengelakkan korang gatal tangan chat dia even dah padam nombornya. Sebab Del pun pernah macam ni. Tapi bukan nombor telepon someone tu, but nombor Daddy Del😂. Nombor phone Del yang bahagian tengah tu hampir sama sampai kadang-kadang kepala Del binggung sendiri bila mau call guna phone lain.😂

8. Luangkan masa bersama Family
Keluarga ni amat penting tau guys. Tak kira lah korang ni lelaki or perempuan, u still need your family. Del nak tanya kali terakhir korang bersama keluarga korang bila? Sebulan yang lalu? Or seminggu yang lalu? I mean bukan sekadar makan bersama je tapi meluangkan masa lapang bersama. Mesti ramai antara korang dulu yang lebih luangkan masa bersama buah hati korang daripada keluarga sendiri kan? So apa kata, selepas ni korang lebihkan waktu bersama keluarga korang. Luangkan masa bersama, nonton wayang sama-sama dan buatlah aktiviti kesukaan korang bersama. Trust me guys, pelukan daripada keluarga terutama sang ibu sangat memberi kesan yang mendalam. Korang akan rasa betapa indahnya hidup korang. Tak percaya? Go and try it.

9. Pergi melancong
Ni bagi korang yang mampu ye. Tak bermaksud nak melancong ni perlukan duit berpuluh ribu. No! Maksud Del melancong di sini, kalau korang mampu, korang boleh pergi melancong di luar daerah ni. Tak perlu pergi luar negara. Kan negara kita ni dah cukup banyak tempat untuk korang teroka? Cukup sayang kalau korang sendiri tak nak teroka negara sendiri sedangkan ramai warga negara lain beriya-iya nak datang Malaysia. Kalau tak mampu, boleh pergi pantai yang berdekatan. Cukuplah sekadar beri ruang untuk diri relaks. Kalau tak mampu juga, boleh balik kampung. Kan kampung tu udaranya segar. Boleh buat otak ni relaks sikit😊. Cuma peringatan buat korang, waktu melancong tu kalau boleh jangan fikir tentang dia. Buat pa korang pegi melancong kalau nak ke sana fikir tentang dia? Baik duduk rumah saja.

10. Sibukkan diri
Ni pun tips nak bagi korang jangan ingat dia 24 hours. Selain nonton drama atau layan novel, korang boleh sibukkan diri dengan kerja korang. Like kalau korang dah bekerja, buat kerja korang. Kalau tiada kerja , i mean kerja korang tidak memerlukan fokus yang terlampau, boleh buat kerja-kerja yang memerlukan fokus yang tinggi macam buat lagu rock. Jangan yang jiwang bagai ye. Nanti tambah sedih pula korang. Kalau korang student, belajarlah. Fokus dengan pelajaran korang sebab kita nak tengok nanti bila korang dah betul-betul berjaya, kita nak tengok siapa yang berlutut di depan siapa nanti😏.

11. Makan coklat
Menurut para doktor, makan coklat ni boleh buat kita happy tau. Rasanya yang manis tu boleh naikkan semangat kita. Tapi janganlah makan banyak sangat. Del takut ada yang jadi belon nanti😂

12. Berdoa
Ni pun salah satunya paling berkesan. Korang boleh berdoa dengan cara masing-masing. Tak kiralah korang muslim,kristian, India or apa-apa lah, yang penting, korang kena rajin berdoa. Minta kepadaNya agar korang dikuatkan semangat. Menangislah kalau itu akan membuatkan korang tenang. Percayalah guys, korang putus or kematian ahli keluarga ni or buah hati pun atas kehendakNya. Tapi jangan salahkan Dia sebab buat korang macam tu. Trust me. Dia buat macam tentu sebab ianya terbaik untuk korang. Tuhan takkan beri manusia ciptaanNya yang buruk-buruk even banyak salah korang terhadapNya. Banyakkan bertaubat.

So guys, macam mana? Okay tak cara-cara Del bagi untuk korang move on? Del harap ianya berkesan untuk korang ya. So apa pun Good Luck ye😘. Bye✋. Kita jumpa kat next page ye. Apa-apa nak tambah, boleh komen ye

Comments

Popular posts from this blog

karangan pendapat~ Tahun Melawat Malaysia

Karangan Pendapat ~ Masalah Disiplin